Sejarah Penubuhan SMK Kabong
SMK Kabong telah dibuka pada 1 Disember 1993.Terletak sejauh 375 km dari Kuching, 177 km dari Sri Aman,120 km dari Betong dan 56 km dari Saratok.SMK Kabong merupakan satu-satunya sekolah menengah yang didirikan di daerah kabong.Tujuan penubuhan adalah disebabkan jumlah pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di daerah Kabong semakin meningkat disamping jarak sekolah menengah yang lain terletak agak jauh.
Pada awalnya sekolah ini hanya mempunyai 14 buah bilik darjah dan menewarkan pendidikan sehingga tingkatan 3.Pertambahan bilangan murid menyebabkan 8 buah bilik darjah dibina baru menjadikan 22 buah bilik darjah pada tahun 1995.Bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah,JPN telah membiayai pembinaan dua blok kelas.Penambahan kelas ini juga disebabkan oleh penawaran Tingkatan 4 dan juga Tingkatan 5 pada tahun tersebut.
Pada tahun 2002,SMK Kabong telah menerima kumpulan pelajar Tingkatan 4 aliran Sains Tulen manakala pada tahun 2009 SMK Kabong telah menerima pelajar Tingkatan 6 Rendah dan 8 buah Tingkatan 1 diwujudkan bagi menampung kemasukan pelajar yang ramai.Kekurangan bilik kelas menyebabkan SMK Kabong terpaksa menjalankan dua sesi persekolahan.
Seterusnya pada tahun 2011 sebuah kelas peralihan telah diwujudkan dan pada tahun 2012 pula,sebuah Pendidikan Khas dibina untuk memenuhi keperluan murid-murid Pendidikan Khas melanjutkan pelajaran.
Senarai Pengetua yang telah berkhidmat di SMK Kabong
En.Sarkawi bin Sap (1993-1994)
En.Affendi bin Rosli (1994-1995)
En.Bolhan bin Hj Omar (1996-1997)
En.Salam bin Ahmad (1997-2004)
En.Mohd Sarib bin Sapiee (2004-2006)
En.Merali bin Hj Akup (2006-2007)
En.Merni bin Bujang (2008-KINI)
0 ulasan:
Catat Ulasan